Monopoli ruang media oleh Najib tidak berapa bagus

Harakahdaily

Mohd Sayuti Omar, 10 Dis 2012
Menjadi persoalan kenapa yang muncul di dalam tv tiap-tiap malam berkempen untuk kemenangan UBN hanya Najib Razak manakala pemimpin Umno dan BN lain diam membisu atau hampir sesetengahnya tidak muncul langsung. Najib semacam memonopoli ruang berita di tv. Semua berita mengenai Najib, baik penting atau tidak muncul di waktu puncak (prime time).

Apakah ada peraturan baru semua telivesyen kena memberi keutamaan kepada berita perdana menteri meskipun tidak penting? Mungkin inilah sifat kewartawanan tv yang baru? 

Bukan saja untuk mengumumkan polisi atau dasar-dasar baru kerajaan untuk membantu rakyat, aktiviti Najib berjumpa dengan rakan Fb juga dilaporkan di ruang utama. Kenapa begitu sekali? Kita tahulah tv semua akur dan bersujud sawi kepada perdana menteri, tetapi sampai cerita terjerlus longkang atau isteri keluar dari salon unisex pun dilaporkan melampau sangatlah.

Untuk pemimpin Umno lain jarang-jarang sekali muncul apa lagi mendapat prime time jauh panggang dari api. Walhal pemimpin lain para wakil rakyat setiap hari berkubang dan bertumah" dengan rakyat. Mereka juga mahukan kepada publisiti. Walaupun aktiviti pemimpin lain adakalanya lebih penting dan berbobot dari bual-bual Najib tetapi tetap disiarkan selepas Najib. Semacam ada protokol khas pula cerita Najib kena awal.

Bukan saja pemimpin kecil, tetapi pemimpin nombor dua, Muhyiddin Yassin juga terkebelakangan dan tempohnya semput sekali. Walhal ada kalanya kenyataan atau bual-bual Muhyiddin lebih berkualiti dan bermanfaat daripada apa yang Najib katakan.

Itu tidak kisah, apabila jarang-jarang pemimpin lain seperti Ahmad Zahid Hamidi, Shafei Apdal, Khalid Nordin, Hishamuddin Hussein ataupun Sharizat Jalil, Khairy Jamaluddin dan ketua puteri yang gemuk lupa nama itu, oh ingat dah.. Rosnah Shirlin, ia menjadi tanda tanya. Adakalanya berita mengenai mereka ini jauh lebih berkurangan berbanding dengan berita mengenai Mahathir. Mahathir lebih acap dan mendapat prime time berbanding menteri seperti Zahid Hamidi, Khalid Nordin, Mustapa Mohamed dan lain-lain. 

Kenapa? Apakah Najib tidak mempercayai mereka ini atau suka memonopoli semua ruang dalam media massa atau tidak mahu mereka menjadi popular? Ataupun ada arahan agar biar Najib seorang bercakap manakala yang lain diam membisu menjadi yes man saja?  Atau pun Najib mengira kata-kata dan kenyataan Mahathir lebih baik dan boleh menarik sokongan Melayu berbanding Zahid Hamidi, Khalid Nordin, Mustapa Mohamed dan lain-lain?

Ini berbeza sekali dengan Pakatan Rakyat di mana semua pemimpin mereka sepakat berkempen untuk kemenangan PR. Nampak kesepaduan di dalam Pakatan Rakyat dan tiada siapa yang menjadi raja ataupun dianggap genius? Semua pemimpin di dalam Pakatan Rakyat mendapat ruang dan kedudukan yang sama rata.
 selengkapnya

Posting Komentar