Google Glass Umum Penambahbaikan Percuma


Google telah mengumumkan Isnin lalu bahawa Explorers,iaitu pemilik cermin mata Glass keluaran syarikat enjin pencarian itu, akan mendapat penambahbaikan perkakasan percuma.

Model terbaru Glass itu akan dilengkapi dengan earbud mono, dan akan didatangkan dalam lensa berwarna dan bingkai berpreskripsi.

Dalam masa yang sama,setiap seorang Explorers akan mendapat tiga jemputan untuk diedarkan kepada rakan-rakan yang berminat untuk membeli cermin mata Glass itu secara dalam talian.

Harga pasaran Glass adalah $1500 setiap satu. Penukaran perkakasan baru itu akan dijalankan bermula daripada 1 November dan pengguna diberikan tempoh selama 60 hari untuk mendaftar. Tawaran percuma ini hanya sah untuk pengguna yang telah membeli Glass ini sebelum 28 Oktober. -SARA KHALID

Posting Komentar