Anwar ulangi tiada sebarang kaitan dengan Projek IC

  • Hafiz Yatim
  • Malaysiakini  Feb 1 2013
 
Anwar Ibrahim terus menafikan sebarang peranan dalam Projek IC di Sabah, dengan berkata perkara itu tidak pernah dibawa ke kabinet,  ataupun menghadiri atau mempengerusikan mana-mana mesyuarat mengenainya.

Ketua pembangkang itu juga mendakwa projek memberikan kad pengenalan biru kepada pendatang, tidak berakhir pada 1990-an dan ia berterusan semasa pentadbiran bekas Perdana Menteri (PM), Tun Abdullah Ahmad Badawi dan berlanjutan sehingga tahun lepas, meliputi pentadbiran Datuk Seri Najib Abdul Razak juga.

NONEAnwar berkata, pasukan petugas itu dikendalikan oleh PM ketika itu,  Tun Dr Mahathir Mohamad dan orang kanannya Datuk Abdul Aziz Shamsuddin (setiausaha politik Mahathir ketika itu) dan Tan Sri Megat Junid Megat Ayub (timbalan menteri dalam negeri ketika itu).

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan Dr Mahathir semalam bahawa Anwar terlibat secara langsung dalam Projek IC itu.

Pemimpin umum PKR itu yang pernah menjadi timbalan perdana menteri di bawah pentadbiran Dr Mahathir, mengulangi bahawa beliau bersedia memberi keterangan kepada suruhanjaya siasatan diraja (RCI) mengenai pendatang di Sabah jika dipanggil untuk berbuat demikian.
"Saya dah kata saya bersedia ke situ dan boleh tanya semua menteri berkenaan yang ada dalam kabinet masa itu dan selepas, perkara itu tak pernah dibentangkan dalam kabinet, tak ada satu minit saya hadir dalam mesyuarat pasukan petugas, tidak ada laporan dikemukakan kepada saya selaku menteri kewangan dan timbalan perdana menteri.

"Tidak pernah sama sekali ada rekod berkenaan kerana operasi itu adalah operasi khas. Pasukan petugas dikendali oleh perdana menteri dan diserahkan kepada Aziz dan Megat Junid

"Yang kita tahu pasukan petugas itu berterusan dan perlu kita tanya Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Najib terus jalankan pasukan petugas itu di bawah perdana menteri dan ini wajar disoalkan kepada mereka," katanya.

Anwar juga berkata, apakah Dr Mahathir boleh menafikan beliau bertanggungjawab kerana "dia asaskan pasukan petugas, dia yang lantik Aziz dan Megat Junid dan semua laporan itu disampaikan kepadanya dan dan ini patut dijawab oleh Tun Dr Mahathir".

Gambar Bekas Isteri Redza Suami Irma Hasmie Tersebar



Panas gambar perkahwinan bekas isteri Redza Syah yang kini suami kepada Irma Hasmie telah tersebar di laman internet. Tidak dapat dipastikan motif foto ini dikeluarkan. Mungkin juga penyebaran gambar ini bertujuan untuk meruntuhkan rumah tangga Irma Hasmie yang baru sahaja dibina. Menurut maklumat yang diterima, Redza Syah Azmeer dikatakan pernah kahwin pada awal tahun 2010 tapi telah bercerai. Bekas isteri Redza Syah Azmeer, bernama Farah Diana kini sudah pun bersuami dan mempunyai kehidupan sendiri. Gambar kat bawah ni diambil sewaktu majlis perkahwinan mereka yang berlangsung di Lembah jaya Selatan, Ampang.






Uncle Seekers direman 4 hari

 sinar harian
AZIZAN INCHE HARUN
var dateEG = "July 5, 2012" var tarikhBM = tukarTarikh(dateEG); document.write(tarikhBM); 5 Julai 2012
Didakwa fitnah Sultan Johor, Uncle Seekers direman 4  hari
Uncle Seekers bersama Siti Nadhirah dibawa anggota polis ke Mahkamah Majistret Johor Bahru, di sini, hari ini.
JOHOR BAHRU - Pengendali laman blog Uncle Seekers yang didakwa memfitnah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar melalui laman blognya, ditahan reman empat hari bermula hari ini.

Perintah tahanan reman sehingga Ahad ini ke atas beliau, nama sebenarnya Syed Abdullah Syed Husein Al-Attas, 46, bersama seorang wanita dipercayai teman wanitanya, Siti Nadhirah Mohd Zain, 26, dikeluarkan oleh Majistret Md Isa Mohamed di Mahkamah Majistret Johor Bahru di sini, hari ini.

Kedua-dua mereka akan disiasat mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972 selepas ditahan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Nusajaya di Tol Senawang, Seremban Negeri Sembilan kira-kira jam 9.45 malam tadi.

Syed Abdullah bersama Siti Nadhirah dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru kira-kira jam 3 petang tadi.

Dia yang berpakaian lokap berwarna ungu sempat melambaikan tangan ke arah wartawan dan jurugambar yang  menunggu di pekarangan mahkamah sejak jam 2 petang sebaik turun daripada trak polis.

"Pendedahan akan dibuat, lebih banyak lagi selepas ini. Saya ditahan ketika dalam perjalanan nak hantar dokumen kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," kata beliau sebelum dibawa ke kamar.

CEC Ahli DAP yang dipecat digantung boleh mengundi

Malaysiakini 22 Ogos 2013

 
Ahli DAP yang dipecat atau digantung layak untuk kembali sebagai perwakilan dan mengundi dalam pemilihan semula jawatankuasa kerja pusat (CEC) parti itu pada 29 September depan.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengumumkan hari ini bahawa semua ahli yang sama ada dipecat atau digantung oleh CEC yang dipertikaikan itu, selepas Disember 2012, akan dibenar mengundi mengikut senarai perwakilan lama.

Pemilihan semula CEC akan berlangsung di lokasi yang belum disahkan di sekitar Lembah Klang, kata Lim.

"Semua 17 ahli yang sama ada dipecat atau digantung, boleh kembali sebagai perwakilan jika mereka mahu dan mengundi," katanya dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat DAP hari ini.

Senarai calon juga akan mengikut senarai calon yang sama ketika pemilihan CEC 2012 pada bulan Disember tahun lepas di Pulau Pinang.

"Senarai calon adalah akan sama, kecuali satu nama," kata Lim.

Satu-satunya perbezaan dalam senarai calon itu ialah tanpa John Fernandez, bekas MP Seremban yang meletak jawatan dari parti sebelum pilihan raya umum Mei lalu.

dap annouce sept 29 re-election 220813 03Namun, kata Lim, John boleh kembali sebagai perwakilan dan
mengundi.

Sementara itu, Lim (kiri dalam gambar) juga berkata bahawa parti itu akan mendapatkan perakuan pos untuk semua jemputan yang dihantar kepada para perwakilan supaya ia tidak lagi boleh dituduh tidak memaklumkan mengenainya kepada mereka.

"Kami tidak akan memberi Pendaftar Pertubuhan (ROS) sebab untuk mencari alasan yang sama terhadap DAP," katanya.

Lim menegaskan bahawa parti itu mengadakan pemilihan semula "dalam protes" dan hanya mematuhi ROS untuk mengelakkan pendaftaran parti itu dibatalkan.

Urat Keting


oleh Hafizah Iszahanid

Kaki bukan hanya pelengkap tubuh tetapi turut menjadi asas pergerakan baik berlari, berjalan mahu pun ketika duduk. Malangnya, kita lebih menitikberatkan aspek fizikal kaki yang sekali gus menenggelamkan peri pentingnya peranan kekuatan dalaman kaki iaitu tulang dan uratnya.

Jika sakit pun atau berasa lenguh, kita sering beranggapan memadailah masalah itu diatasi dengan sekadar menyapu minyak panas dan berurut. Adakah tepat persepsi sedemikian? Bagaimana jika masalah itu jauh lebih serius seperti urat keting itu putus?


Putus urat keting (achilles tendon) dianggap biasa dalam kalangan atlit. Bagaimanapun, urat atau tendon yang menjadi penghubung tulang tumit dan otot keting ini juga boleh terputus akibat faktor penuaan, komplikasi diabetes serta masalah arthritis.


Tendon Paling Kuat

Hakikatnya, urat keting adalah tendon yang paling kuat dan tebal dalam sistem tubuh manusia. Ia berukuran 15 sentimeter panjang dan bermula dekat dengan bahagian tengah keting hingga ke bawah tumit.

Tetapi, ia juga antara tendon paling kerap terkoyak atau putus berikutan fungsi utamanya menyelaraskan pergerakan sama ada berjalan atau berlari. Anda juga memerlukan bantuan urat keting apabila terpaksa menjengketkan kaki.

Justeru, jika berlaku gerakan mengejut misalnya melompat tiba-tiba, urat keting boleh terputus atau terkoyak. Urat keting yang terkoyak separuh masih berupaya menghubungkan otot keting tetapi jika terkoyak sepenuhnya, ia tidak lagi berfungsi menghubungkan antara otot keting dan tulang buku lali.



Dapatkan produk kesihatan TERBAIK di Kedai SihatSelalu <-- Klik!


Boleh Menimpa Sesiapa Sahaja

Meskipun ia lebih banyak dialami atlit, tetapi masalah putus urat keting juga boleh menimpa sesiapa saja.

Masalah radang urat keting yang berpanjangan juga boleh menyebabkannya putus. Masalah sedemikian kerap dialami mereka yang berusia.

Urat keting juga boleh menjadi lemah dan menipis kerana faktor usia. Keadaan ini menyebabkan ia cenderung untuk mudah cedera atau putus.

Simptom Urat Keting Putus

Namun, putusnya urat keting tidak bermakna anda tidak boleh berjalan. Mereka yang putus urat keting masih boleh berjalan, justeru kebanyakan orang yang mengalaminya tidak terlalu prihatin untuk mendapatkan rawatan. Melainkan jika seseorang itu terbabit dalam sukan secara profesional.

Urat keting yang putus akan mengtinjauankan bunyi meletup (seperti pop) dan menyebabkan bengkak, kejang diikuti dengan lebam dan lemah. Tekanan dirasakan atau dilihat dengan jelas di kawasan tendon kira-kira dua inci di atas tulang tumit. Apabila urat keting sudah lama putus, ia akan menyebabkan kesan lekuk pada keting.


Rawatan

Apakah rawatan bagi mengatasi masalah ini? Pembedahan adalah rawatan paling popular bagi menangani masalah putus urat keting. Bergantung pada tisu yang terkoyak atau putus, pembedahan ini mungkin akan memerlukan urat keting dijahit kembali ke tapak asalnya.

Jenis pembedahan bergantung kepada saiz jurang urat yang putus. Jika minimum, hujung tendon itu boleh ditemukan semula. Secara umumnya, proses penyembuhan tisu akan berlaku selepas rawatan. Namun, proses itu tidak akan terjadi dalam tempoh yang singkat jika kawasan yang cedera tidak mendapat bekalan darah yang cukup.

Kaedah terbaru dalam rawatan putus urat keting adalah suntikan plasma daripada pesakit sendiri. Teknik dikenali sebagai Autologous Plasma Injection (ACP) untuk masalah radang kronik pada tendon seperti urat keting selain masalah radang pada urat di siku (tennis elbow).


Seperti diketahui, darah kita mengandung growth factor atau bahan yang menjana pertumbuhan sel lain bagi membantu pertumbuhan, keseimbangan dan ketahanan tulang, otot, tendon dan ligamen. Apabila bahan itu disuntik ke dalam tendon yang bermasalah, ia membantu tisu untuk cepat pulih.

Justeru, prosedur pembedahan yang dibantu dengan ACP selepas itu dapat menolong pesakit sembuh cepat.

ACP diformulasi daripada darah pesakit sendiri. Darah sebanyak 10 mililiter diambil, disteril dan diasingkan antara sel putih, sel merah dan plasma. Hanya sel darah dikenali sebagai platelet yang mengandungi growth factor paling penting diambil.

Ia kemudian disuntik kepada kawasan yang cedera. Dari segi prinsipnya, ia berupaya meningkatkan pengtinjauanan sel stem yang membantu proses penyembuhan tisu.



Lagi info tentang URAT KETING di sini.

VIDEO Suara ‘Chipmunk’ Lepas Sedut Helium

VIDEO: Suara Chipmunk Lepas Sedut Helium

Tahu tak bahawa dengan menghirup gas Helium, suara kita akan bertukar menjadi lebih nyaring atau ala-ala chipmunk?
Apabila kita menghirup gas Helium, hanya gas Helium sahaja yang terkandung dalam paru-paru kita.
Helium adalah gas yang sangat ringan dan bergerak pantas.
Apabila kita bercakap, gas Helium akan bergerak dengan cepat menolak keluar dari paru-paru kita dan boleh menukarkan suara kita mcm chipmunk itu…
Manakala bunyi yang tertinjauan dari alat muzik pula, contohnya seksafon, akan menjadi lebih besar atau garau atau lebih senang sumbang lah…apabila kita meniup alat muzik itu selepas menghirup gas Helium.
Saksikan video lucu mereka yang menyedut Helium ini…

Cabul budak sebaya cucu

  • Cabul budak sebaya cucuSabtu (kanan) bersama pegawai penyiasat kes ketika sidang media dijalankan, semalam.
KANGAR - Ibarat seperti cucu jika dibandingkan usianya, seorang warga emas tergamak mencabul anak saudaranya sendiri yang berusia 11 tahun.

Perbuatan yang tidak perikemanusiaan warga emas berusia 74 tahun itu membuatkan dia ditahan polis.

Kejadian itu terbongkar setelah kakak mangsa yang bekerja di Pulau Pinang balik bercuti di rumah datuk mereka di Simpang Empat, dekat sini kelmarin.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kangar, Asisten Superintendan Sabtu Md Ali berkata, kejadian berlaku ketika datuk mangsa dimasukkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) dan kesempatan itu digunakan bapa saudaranya untuk mencabul mangsa yang tinggal di situ.

“Mangsa dicabul tiga hari berturut-turut pada awal bulan ini iaitu pada sebelah petang ketika nenek mangsa ke hospital untuk menjaga datuknya.

“Setelah kakaknya pulang mangsa terus mengadu dan mereka membuat laporan di IPD Kangar kelmarin. Mangsa kemudiannya dihantar untuk pemeriksaan oleh pakar sakit puan HTF dan doktor mengesahkan wujudnya kejadian tersebut apabila terdapat kesan gigitan di bahagian dada mangsa,” katanya kepada pemberita di IPD Kangar di sini, semalam.

Menurut Sabtu, lelaki yang bekerja sebagai penjual ikan itu ditahan polis di rumahnya yang terletak berhampiran dengan rumah datuk mangsa.

“Polis telah merampas sarung kusyen di rumah berkenaan dan  dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis.

“Suspek kini ditahan reman selama seminggu bermula kelmarin untuk membantu siasatan,” ujarnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan sekiranya sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu.

Menurut rekod polis, suspek mempunyai dua rekod lampau kesalahan sama dan dijatuhkan hukuman. SH