Anwar ulangi tiada sebarang kaitan dengan Projek IC

  • Hafiz Yatim
  • Malaysiakini  Feb 1 2013
 
Anwar Ibrahim terus menafikan sebarang peranan dalam Projek IC di Sabah, dengan berkata perkara itu tidak pernah dibawa ke kabinet,  ataupun menghadiri atau mempengerusikan mana-mana mesyuarat mengenainya.

Ketua pembangkang itu juga mendakwa projek memberikan kad pengenalan biru kepada pendatang, tidak berakhir pada 1990-an dan ia berterusan semasa pentadbiran bekas Perdana Menteri (PM), Tun Abdullah Ahmad Badawi dan berlanjutan sehingga tahun lepas, meliputi pentadbiran Datuk Seri Najib Abdul Razak juga.

NONEAnwar berkata, pasukan petugas itu dikendalikan oleh PM ketika itu,  Tun Dr Mahathir Mohamad dan orang kanannya Datuk Abdul Aziz Shamsuddin (setiausaha politik Mahathir ketika itu) dan Tan Sri Megat Junid Megat Ayub (timbalan menteri dalam negeri ketika itu).

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan Dr Mahathir semalam bahawa Anwar terlibat secara langsung dalam Projek IC itu.

Pemimpin umum PKR itu yang pernah menjadi timbalan perdana menteri di bawah pentadbiran Dr Mahathir, mengulangi bahawa beliau bersedia memberi keterangan kepada suruhanjaya siasatan diraja (RCI) mengenai pendatang di Sabah jika dipanggil untuk berbuat demikian.
"Saya dah kata saya bersedia ke situ dan boleh tanya semua menteri berkenaan yang ada dalam kabinet masa itu dan selepas, perkara itu tak pernah dibentangkan dalam kabinet, tak ada satu minit saya hadir dalam mesyuarat pasukan petugas, tidak ada laporan dikemukakan kepada saya selaku menteri kewangan dan timbalan perdana menteri.

"Tidak pernah sama sekali ada rekod berkenaan kerana operasi itu adalah operasi khas. Pasukan petugas dikendali oleh perdana menteri dan diserahkan kepada Aziz dan Megat Junid

"Yang kita tahu pasukan petugas itu berterusan dan perlu kita tanya Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Najib terus jalankan pasukan petugas itu di bawah perdana menteri dan ini wajar disoalkan kepada mereka," katanya.

Anwar juga berkata, apakah Dr Mahathir boleh menafikan beliau bertanggungjawab kerana "dia asaskan pasukan petugas, dia yang lantik Aziz dan Megat Junid dan semua laporan itu disampaikan kepadanya dan dan ini patut dijawab oleh Tun Dr Mahathir".

Lebih 290 000 bekas askar tiada pencen ada yang merempat

Aedi Asri
KUALA LUMPUR 23 FEB: Kebanyakan bekas tentera hidup menderita biarpun banyak menabur jasa kepada tanah air, hinggakan sebahagian mereka merempat termasuk mendiami rumah kongsi di kebun pisang manakala lebih 290,000 orang pula tidak menerima pencen.

Pengerusi Kerabat Melaka, Kolonel (B) Hashim, berkata lebih 290,000 bekas tentera tidak menerima pencen di seluruh negara, menyebabkan mereka hidup melarat tanpa pembelaan.
“Lebih 50 tahun Umno BN memerintah, tiada inisiatif membanggakan kepada bekas perajurit terutama bagi 290,000 bekas tentera yang tidak berpencen.

“Apa yang Umno BN buat berpuluh-puluh tahun? Bekas perajurit tiada pembelaan, nasib mereka terumbang-ambing. Jadi, buat apa sokong mereka. Baik sokong Pakatan yang membela kita,” katanya.
kerabat au2 
Malah, Pengerusi Kerabat Kelantan, Mejar (B) Yusof, berkata ada bekas tentera yang hidup merempat, tidak sepadan dengan status sebagai pejuang negara yang digembar-gembur di media massa.
“Bila bersara, siapa pun tidak peduli. Saya pernah bertemu beberapa pesara, tinggal dalam ‘kongsi’ kebun pisang. Menitis air mata melihat keperitan hidup mereka.
“Anak, cucu, menantu, semua tinggal dalam kebun. Beginikah nasib tentera? Adakah ini yang kita mahu?” katanya.

Mereka berucap demikian pada Himpunan Agung Kerabat (HAK) di Padang Awam, AU2 Keramat semalam yang dihadiri kira-kira 3,000 orang termasuk bekas tentera dari seluruh negara.
Pengerusi Kerabat Perak, Zulkifli Ali, pula berkata penderitaan, kekecewaan dan masalah kebajikan tentera mendorong ramai bekas tentera termasuk pimpinan tertinggi, menyertai Pakatan Rakyat.
“Kira-kira 80 peratus bekas tentera di Perak menyokong Pakatan. Inilah masa paling sesuai bagi bekas tentera yang diabai untuk sama-sama berjuang menjatuhkan Umno BN,” katanya.

Turut berucap Presiden Kerabat, Leftenan Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Jerejak, Leftenan Muda Sim Tze Zin dan Timbalan Presiden PAS dan juga Penaung KERABAT, Mohamad Sabu.
*** Gambar ihsan Harakah Daily – Editor
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?