CEC Ahli DAP yang dipecat digantung boleh mengundi

Malaysiakini 22 Ogos 2013

 
Ahli DAP yang dipecat atau digantung layak untuk kembali sebagai perwakilan dan mengundi dalam pemilihan semula jawatankuasa kerja pusat (CEC) parti itu pada 29 September depan.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengumumkan hari ini bahawa semua ahli yang sama ada dipecat atau digantung oleh CEC yang dipertikaikan itu, selepas Disember 2012, akan dibenar mengundi mengikut senarai perwakilan lama.

Pemilihan semula CEC akan berlangsung di lokasi yang belum disahkan di sekitar Lembah Klang, kata Lim.

"Semua 17 ahli yang sama ada dipecat atau digantung, boleh kembali sebagai perwakilan jika mereka mahu dan mengundi," katanya dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat DAP hari ini.

Senarai calon juga akan mengikut senarai calon yang sama ketika pemilihan CEC 2012 pada bulan Disember tahun lepas di Pulau Pinang.

"Senarai calon adalah akan sama, kecuali satu nama," kata Lim.

Satu-satunya perbezaan dalam senarai calon itu ialah tanpa John Fernandez, bekas MP Seremban yang meletak jawatan dari parti sebelum pilihan raya umum Mei lalu.

dap annouce sept 29 re-election 220813 03Namun, kata Lim, John boleh kembali sebagai perwakilan dan
mengundi.

Sementara itu, Lim (kiri dalam gambar) juga berkata bahawa parti itu akan mendapatkan perakuan pos untuk semua jemputan yang dihantar kepada para perwakilan supaya ia tidak lagi boleh dituduh tidak memaklumkan mengenainya kepada mereka.

"Kami tidak akan memberi Pendaftar Pertubuhan (ROS) sebab untuk mencari alasan yang sama terhadap DAP," katanya.

Lim menegaskan bahawa parti itu mengadakan pemilihan semula "dalam protes" dan hanya mematuhi ROS untuk mengelakkan pendaftaran parti itu dibatalkan.

Gajah Di Zoo Korea Boleh Bercakap

Gajah Di Zoo Korea Boleh Bercakap


SEOUL – Seekor gajah di Zoo Korea Selatan bukan saja boleh mengutip makanan menggunakan belalainya tetapi juga boleh bercakap.
Pasukan penyelidikan antarabangsa berkata, gajah bernama Koshik itu boleh bercakap lima patah perkataan dalam bahasa Korea dengan melipat belalai ke dalam mulutnya dan mengeluarkan bunyi menerusi kerongkongnya.
Penemuan itu dilaporkan menerusi online dalam jurnal Current Biology hari ini.
Koshik boleh berkata “annyeong” (hello), “anja” (duduk), “aniya” (tidak), “nuwo” (baring) dan “joa” (bagus).
Penyelidik percaya gajah Asia yang mempunyai dua gading itu memperlihatkan keinginan untuk bercakap dengan jurulatih selepas dia berpisah dengan dua gajah lain.
Pada 1983, pegawai zoo di Kazakhstan mendakwa gajah mereka boleh bercakap bahasa Russia tetapi tiada kajian saintifik dijalankan. – AP