Pakistan Larang Guna Skype WhatsApp


Karachi – Wilayah Sindh di selatan Pakistan akan menghalang akses kepada rangkaian komunikasi online termasuk Skype dan WhatsApp selama tiga bulan dalam usaha menyekat keganasan.

“Kami kesal kerana ini memberi masalah kepada pengguna tetapi terpaksa mengharamkannya selama tiga bulan,” kata Menteri Penerangan Sindh, Sharjeel Memon.

Katanya, tindakan menyekat penggunaan Skype, WhatsApp, Tango dan Viber adalah disebabkan sebab keselamatan.

Seorang pegawai polis berkata, aplikasi online itu sering digunakan oleh pengganas dan penjenayah.

Agensi keselamatan baru-baru ini melancarkan operasi besar-besaran selepas berlaku beberapa pembunuhan dan peras ugut di Karachi.

Pegawai tempatan berkata, kerajaan wilayah akan memohon Pihak Berkuasa Telekomunikasi (PTA) menyekat rangkaian di Sindh selama tiga bulan. – AGENSI

Posting Komentar