Panduan Dan Niat Puasa Ramadhan

mubarak
Ramadhan Mubarak
Alhamdulillah, bulan rejab telah kita lalui, bulan syaaban hampir kemuncak dan bulan ramadhan akan bertemu dengan kita tinggal lagi beberapa hari, jam, saat. Di kesempatan ini saya @ admin AdibSite ingin berkongsi mengenai ibadat puasa di bulan ramadan Al-Mubarak samada dari segi niat, syarat, jenis dan sebagainya dalam ibadat puasa ini.

Bahasa: Puasa ialah menahan diri.
Syarak: Puasa ialah menahan diri daripada makan dan minum serta tidak melakukanperkara-perkara yang membatalkan puasa dari keluar fajar sehingga terbenam matahari.

Hukum mengerjakan ibadat puasa wajib ke atas muslim yang cukup syarat-syaratnya.

NIAT PUASA
Niat bermula apabbila terbenam matahari, iaitu masuk waktu sembahyang fardhu
Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh)

  • Niat puasa yang dibaca sekali dalam satu bulan ketika malam pertama tarawih.


نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Ertinya: Sahaja aku berpuasa sebulan pada bulan ramadhan tahun ini kerana Allah taala.

  • Niat puasa Ramdhan yang dibaca setiap malam 
  •  
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari bagi menunaikan puasa Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

DOA BERBUKA PUASA

ramadhan
 
Ya Allah, Aku telah berpuasa untuk Kau dan pada Kaulah aku mempercayai dan aku membuka puasa dengan apa yang Kau berikan

SYARAT WAJIB PUASA
  • Berakal (waras)
  • Baligh cukup umur)
  • Mampu (tidak uzur

SYARAT SAH PUASA 
  • Islam
  • Berakal-tidak sah jika gila atau kanak-kanak belum mumayyiz
  • Suci dari haid dan nifas

PERKARA SUNAT DALAM IBADAT PUASA 
  • Makan sahur serta melambatkannya
  • Segerakan berbuka
  • Berbuka dengan makanan yang manis seperti kurma.
  • Memperbanyakkan ibadah
  • Solat tarawih pada malam harinya

PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA
  • Makan dan minum dengan sengaja
  • Muntah dengan sengaja
  • Bersetubuh
  • Mengeluarkan air mani dengan sengaja
  • Keluar darah haid atau nifas
  • Hilang akal (gila)
  • Pitam atau mabuk sepanjang hari
  • Merokok di siang hari
  • Murtad
  • Bersalin memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka

PERKARA MAKRUH KETIKA PUASA
  • Berbekam
  • Berkumur berebihan 
  • Merasa makanan dengan lidah
  • Mandi terlalu kerap atau lama
  • Tidur sepanjang hari
  • Menggosok gigi selepas tergelicir matahari

Semoga bulan ramdhan yang penuh dengan barakah kita dapat lalui dengan sempurna. Alhamdulillah ini adalah entri pertama dalam bulan Julai setelah sekian lama tidak kemaskini blog.

Tips Agar Wajah Tetap Fresh dan Cantik Saat Puasa

(c) shutterstock
Vemale.com - Bulan Ramadan tiba, sahabat muslimah Vemale pasti sedang menjalankan ibadah puasa selama satu bulan. Meskipun sedang puasa, aktivitas tetap harus berjalan dengan penuh semangat. Untuk urusan kecantikan, jangan sampai puasa membuat Anda lupa merawat kulit.
Masalah kulit kering, bibir pecah dan mata yang sayu sering hadir saat bulan Ramadan tiba. Agar Anda tetap fresh dan cantik selama bulan Ramadan, inilah tips yang bisa Anda lakukan.
 
Cuci Wajah Sebelum Tidur
Sepenat apapun aktiviti Anda, usahakan mencuci wajah sebelum tidur. Anda harus memotong jam tidur kerana harus makan sahur dan melakukan ibadah di malam hari, sisa makeup boleh menambah kesan kusam di wajah.
 
Pakai Pelembab Wajah, Bibir dan Tubuh
Kulit dan bibir yang kering adalah masalah yang sering dihadapi saat bulan Ramadan. Hal tersebut disebabkan kerana ada pengurangan cairan yang dikonsumsi siang hari. Untuk mengatasi hal tersebut, perbanyak asupan air pada saat sahur dan berbuka puasa. Jangan lupa memakai pelembab wajah, pelembab bibir dan body lotion untuk mencegah kulit kering.
 
Pakai Tabir Surya
Jangan lupa selalu memakai tabir surya, walaupun Anda hanya beraktivitas di dalam ruangan. Paparan sinar matahari dapat menyebabkan wajah memerah, flek hitam dan belang. Kerana itu, selalu pakai tabir surya dengan kandungan SPF dan PA.
 
Rambut Bersih dan Wangi
Wajah yang segar dan cantik dipengaruhi oleh keadaan rambut. Jangan sampai wajah tampak sayu kerana rambut lepek dan gatal. Pastikan Anda cuci dua hari sekali. Gunakan shampo yang lembut dan selalu gunakan kondisioner setelah mencuci.
 
Perbanyak Makan Buah Saat Sahur dan Berbuka Puasa
Untuk asupan dari dalam, perbanyak konsumsi buah segar saat sahur dan berbuka puasa. Buah-buahan yang bisa Anda pilih adalah buah dengan kandungan air yang cukup banyak. Selain memberi nutrisi pada kulit, buah yang kaya air akan memberikan cairan yang dibutuhkan tubuh.
Tetap cantik saat puasa, dan tetap semangat menjalankan ibadah puasa.