Wanita Thailand dipenjara 9 tahun kerana jadikan anaknya pelacur

 17 April 2013 cacatan idahsalam

Brisbane - Seorang wanita Thailand diadili dan dihukum 9 tahun penjara di Australia. Dia didapatikan bersalah kerana menjadikan anak perempuannya yang masih berusia 9 tahun sebagai pekerja seks komersial (PSK).

Seperti dilansir AFP, Selasa (16/4/2013), wanita berusia 41 tahun ini dinyatakan bersalah atas 20 dakwaan, termasuk perdagangan anak dan pelacuran anak. Wanita ini tega melibatkan puterinya ke dalam bisnis pelacuran di tempat urut dan rumah pelacuran yang dijalaninya.

Kes ini bermula ketika kanak-kanak yang tinggal di Thailand ini, datang mengunjungi ibunya ketika cuti tahun 2004 lalu. Kemudian dua tahun kemudian atau pada tahun 2006, gadis kecil ini pindah ke Australia dan tinggal bersama  ibunya.

Dalam perbicaraan terungkap, wanita ini menyebut puterinya sebagai gadis baru dan mempromosikannya sendiri kepada sejumlah kliennya. Wanita ini bahkan mengancam puterinya dengan kekerasan jika dia tidak menurut perintahnya.

Tidak hanya itu, wanita yang tidak disebutkan namanya ini, juga mendorong puterinya untuk meminta hadiah dari klien-kliennya, atau yang lebih parah minta dinikahi. Sang anak yang tidak tahan dengan perlakuan ibunya, akhirnya mengadu kepada rakan keluarganya yang melaporkan perbuatan sang ibu kepada polis .

Ketika membacakan keputusan, Hakim David Boddice menyebut wanita ini terlibat dalam perilaku sistemik yang terus berkembang luas yang hanya mengharapkan imbalan finansial. Hakim Boddice menilai, wanita ini menganggap anaknya sendiri sebagai komoditi untuk dimanfaatkan.

"Perilaku ini benar-benar mengejutkan, tercela dan keji, kerana dilakukan oleh orangtua yang mengharapkan keuntungan finansial belaka... tanpa memperhatikan norma kesusilaan," ucapnya. detikNews

MP Cina ubah sokongan kerana keris Hishammuddin



Malaysiakini Jun 27 2013
MP Kluang Liew Chin Tong percaya masyarakat Cina berubah menjadi penyokong DAP sejak 2005 apabila naib presiden Umno pada waktu itu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menghunus keris dalam satu mesyuarat Pemuda Umno.

Ketua biro pendidikan politik DAP itu berkata, beliau melihat bahawa masyarakat Cina kelas pertengahan menerima baik kepimpinan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum peristiwa menimbulkan kontroversi.

NONEKatanya, orang Cina pada masa itu tidak berasa terpinggir di bawah pentadbiran Mahathir dan turut menerima gagasan Wawasan 2020, sebelum peristiwa tersebut.

"Pada tahun 80-an dan 90-an, masyarakat Cina berpuas hati kerana kerajaan menyediakan saluran buat mereka. Konsepnya - jika mereka mampu bayar, mereka boleh dapat saluran TV, mereka dapat akses kepada pendidikan.

"Jika mampu, mereka boleh masuk ke universiti swasta dan mereka juga dapat menonton saluran Cina di Astro," katanya.

Umno kemudiannya berubah ke garis yang lebih kanan dan cakap-cakap perkauman juga tercetus pada waktu itu, kata Liew.

"Ia langkah yang kurang cerdik. Tiada gabungan parti politik dalam negara ini yang mampu memerintah tanpa memenangi hati semua kaum," katanya.

Perasaan tidak senang kaum bukan Melayu terhadap kerajaan katanya terus bersemi dari hari ke hari sejak peristiwa itu dan memuncak apabila mereka menafikan majoriti dua pertiga BN dalam pilihan raya tahun 2008, katanya lagi.

NONE"Terdapat usaha (dari perdana menteri) untuk membaiki perkara ini dengan konsep 1Malaysianya, namun ia akhirnya dilihat tidak lebih daripada usaha penjenamaan untuk barangan murah," tambahnya lagi.

"Sekarang ini, PAS pula dilihat lebih sederhana berbanding Umno," tambahnya.

Selain itu, Liew juga percaya gelombang perubahan citra politik belia Cina tidak hanya berlaku dalam pilihan raya umum yang lalu.

Menurutnya, ia mula berlaku sejak pilihan raya tahun 2008 lagi dan pilihan raya lalu menyaksikan mereka dari kumpulan umur lain turut beralih arah menyokong Pakatan.

Menurutnya, kematian Teoh Beng Hock dan isu loji nadir bumi Lynas memberi kesan kepada kecenderungan politik orang Cina, di samping peranan besar yang dimainkan laman media sosial seperti Facebook.

"Sebelum ini, hanya orang lelaki yang berminat dalam perbincangan politik.

"Kini dengan Facebook, golongan wanita juga mengambil bahagian dalam perbincangan politik mengikut keselesaan mereka," katanya.


Wawancara dijalankan oleh Ahmad Fadli KC, Lee Way Loon dan Ram Anand.

Syamsul Yusof Ammar Alfian Hampir Bertumbuk Kerana Puteri Sarah

puteri sarah liyana

Umum mengetahui Ammar Alfian sebelum ini menuduh Syamsul Yusof mempunyai hubungan dengan bekas kekasihnya, Puteri Sarah Liyana. Namun begitu, Syamsul Yusof menafikan perkara tersebut menerusi satu kenyataan di Facebooknya. Pertemuan di Publika ini telah dirancang oleh Syamsul untuk menyelesaikan permasalahan dan persengketaan yang wujud di antara mereka berdua kerana Puteri Sarah.

puteri sarah

Ketika pertemuan tersebut, Ammar Alfian tidak dapat mengawal sikap panas barannya dan hampir sahaja menumbuk kerana Syamsul tidak mengakui yang dirinya bercinta dengan Puteri Sarah. Namun keadaan tegang itu berjaya diredakan oleh sepupu Syamsul Yusof dan wartawan Berita Harian, Zubir yang turut berada di situ.

syamsul

Syamsul Yusof dan Ammar Alfian akhirnya berdamai apabila Syamsul mengakui yang dia sedang berkawan dengan Puteri Sarah. Syamsul turut sama menghulurkan tangan untuk bersalaman tanda pendamaian. Ammar menerima salam tersebut dan mengakui kesilapannya menyerang Syamsul dan Sarah menerusi Twitter. Kedua-duanya turut bersetuju untuk tidak memanjangkan kontroversi ini.

ammar

Agak memalukan juga sebenarnya jika Syamsul dan Ammar benar-benar bergaduh kerana Puteri Sarah. Tidak berbaloi di mata Abang Nara untuk cedera hanya kerana seorang wanita. Nasib baiklah kesemuanya berakhir dengan baik. Semoga selepas ini Syamsul dan Ammar akan menjalani kehidupan dengan tenang. Jangan hanya kerana seorang wanita, maruah seorang lelaki boleh jatuh. Tak gitu?