Foto Anjing Duduk di dalam Keretapi Mengejutkan Penumpang

30 Okt 2013

 (Foto: Metro) 
 (Foto: Metro)
LONDON – Foto seekor anjing  jenis great dane duduk di dalam keretapi bawah tanah di Kota London, membuat kejutan  beberapa media lokal. Kejadian tersebut mendapatkan banyak kecaman kerana si pemilik membiarkan anjingnya duduk di bangku prioriti.

Foto anjing tersebut telah disebar ke web Reddit. "Saya sangat tidak senang melihat pemilik anjing itu tidak mematuhi peraturan di keretapi bawah tanah," tulis salah satu pengguna Reddit. Demikian diberitakan Metro, Khamis (24/10/2013).

Pengguna Reddit lainnya menambahkan bahawa invasi anjing sedang terjadi. "Ini adalah awal dari sesuatu yang besar, saya dapat merasakannya. Anjing akan mengkudeta manusia. Pertama mereka merebut transportasi umum sebelum merebut pekerjaan, dan isteri kita," tulis pengguna lainnya.

Seperti diketahui, anjing berjenis great dane memiliki ukuran tubuh besar. Mereka termasuk ke dalam ras anjing penjaga yang berasal dari Jerman. (why)

Gambar Gangster China Tersebar di Klik 4 5 Juta Kali Dalam Dua Hari



Gambar gengster China yang tercicir melalui sebuah henpon yang hilang,dan diupload di internet menjadi gambar yang paling popular saat ini.Dalam tempoh dua hari telah diklik 4.5 juta kali.
Gambar-gambar itu memperlihatkan gaya hidup gengster China yang dikelilingi tumpukan wang dan kereta mewah




Sebuah gambar memperlihatkan seorang gengster mengemudi kereta spot mewah Porsche sambil mengenakan seluar pendek dan tanpa baju.
Serangkaian foto foto lainnya memperlihatkan aksi kekerasan
terhadap anggota gengster lainnya, diduga kerana persaingan antara geng.



Foto-foto itu muncul di sebuah web dengan tajuk Pics dari telepon gangster China.
Dalam album ini, seorang lelaki muda China tapi berbadan gemuk .
Dalam salah satu gambar, dia terlihat tenang berpose di ruang tamu
dan di sekitarnya terlihat tumpukan wang tunai.


Foto-foto itutelah dilihat lebih dari 4.5 juta kali dalam waktu kurang dari dua hari. Membutikan bahwa orang di seluruh dunia tertarik melihat foto-foto tersebut.


Seorang blogger mengatakan, "Reddit menemukan sebuah album foto dari handphone yang hilang, biasanya tidak istimewa, Anda hanya berharap untuk menemukan beberapa foto seks porno amatir. Tapi kali ini berbeda."

Sorok mayat bayi dalam almari

Wartawan Sinar Harian
5 Disember 2012
Ghuzlan Saleh
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh
KULIM - Cubaan seorang gadis berusia 20 tahun merahsiakan kelahiran bayinya terbongkar apabila bapanya menemui mayat bayi yang siap dibungkus di dalam almari pakaian anaknya di rumahnya di sebuah perumahan di sini, semalam.
Sebelum itu, bapa gadis berkenaan membawa anaknya berjumpa doktor di sebuah klinik di sini, untuk mendapatkan rawatan selepas anaknya mengadu sakit perut kira-kira jam 11.30 malam kelmarin.

Pada keesokan harinya, ibu gadis terbabit yang sedang mengemas dapur terjumpa satu objek dipenuhi darah yang diletakkan di dalam plastik dan dia segera memaklumkan penemuan objek itu kepada suaminya.

Untuk mendapatkan kepastian tentang penyakit dialami anaknya, bapa gadis berkenaan membawa bungkusan plastik mengandungi objek itu ke klinik di mana anaknya mendapatkan rawatan, memangkan semasa anaknya berjumpa doktor dia hanya menunggu di luar.
Rahsia mula terbongkar apabila doktor memaklumkan objek berkenaan merupakan uri wanita yang baru bersalin dan menasihatkannya untuk membawa anaknya mendapatkan rawatan di hospital.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, doktor yang merawat suspek di hospital mengesahkan suspek bersalin dan bayinya meninggal dunia.

“Bapa suspek meminta suspek menunjukkan lokasi di mana mayat bayi dimaksudkan itu disembunyikan dan menemuinya di dalam almari pakaian di bilik suspek.

Mayat bayi itu kemudiannya dibawa ke hospital untuk bedah siasat dan doktor mengesahkan bayi itu meninggal dunia sebelum dilahirkan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

Kesalahan Wanita Dalam Berpakaian




Melihat kepada dunia sekarang, wanita-wanita Islam tidak mengambil berat soal aurat mereka. Pemakaian mereka ada kalanya tidak dapat dibezakan dengan wanita-wanita barat. Bahkan ada yang lebih teruk dari segelintirnya. Tetapi tidak ketinggalan juga bagi yang memakai tudung. Cara pemakaian tudung mereka tidak menepati apa yang dituntut oleh Islam. Antara kesalahan yang dilakukan adalah :
  1. Bagi wanita, aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
  2. Bertudung tetapi ber‘T-Shirt berlengan pendek.
  3. Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
  4. Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda.
  5. Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
  6. Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat/kuliah sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
  7. Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
  8. Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

Petikan Dari Murabbi Net

Pendapat Ustaz
Firman Allah yang bermaksud :
“Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu’min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu.” (al-Ahzab: 59)

Lagi Firman Allah yang bermaksud :
“Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami atau ayahnya.” (an-Nur: 31)

Hadis Nabi Muhammad saw yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.” (Riwayat Muslim)

Kesimpulannya

Wahai sekalian wanita Islam kembalilah kamu semua ke ajaran Islam yang sempurna atau kaffah. Sesungguhnya diri kamu akan selamat di dunia dan di akhirat, Islam bukan agama yang membebankan kamu semua, tetapi Islam adalah agama yang paling cantik dan dapat menyelamatkan kamu dari fitnah dunia. Jadikanlah Khadijah dan Aisyah isteri Rasulullah saw sebagai contoh tauladan kamu semua kerana sesungguhnya mereka adalah umul mukminin (ibu mukmin).



http://www.ustaznoramin.com/