PERKARA ROMANTIK KETIKA BERCINTA

PERKARA ROMANTIK KETIKA BERCINTA


Di alam percintaan, kalau boleh semua perkara mahu dilakukan bersama-sama. Jika diberi peluang, sesaat pun anda tidak mahu berenggang dengan pasangan anda. Apatah lagi jika anda masih di awal percintaan.

Namun harus diingat, bukan semua pasangan dapat meluangkan masa yang banyak bersama. Jadi, apa kata anda cuba beberapa aktiviti yang disenaraikan di bawah yang dikatakan mampu memberikan sensasi berbeza kepada jalinan cinta yang terbina.

1. Menikmati pemandangan indah matahari terbenam bersama-sama.

2. Berduaan berjalan di dalam hujan. Mungkin agak aneh bagi sesetengah pasangan, namun bagi mereka yang pernah mencuba, aktiviti ini mampu membahagiakan serta meredakan tekanan.

3. Kenal pasti wangian kegemaran pasangan anda. Apabila anda keluar bersamanya, semburkan sedikit wangian tersebut dan lihat reaksinya. Sudah tentu pasangan anda menjadi lebih rapat dan manja di sisi anda.

4. Bertukar hadiah. Tidak perlu mahal, cukup sekadar sekotak coklat atau sekuntum bunga mawar.

5. Letakkan sekeping nota cinta di poket atau di dalam diarinya tanpa disedari. Apabila dia membaca nota cinta itu, si dia tentu akan tersenyum sambil mengingati anda.

6. Menyanyikan lagu cinta untuknya. Anda tidak semestinya bersuara merdu untuk tujuan ini. Cukuplah jika mesej yang cuba anda sampaikan berjaya diterimanya. Hatinya pasti tersentuh dengan segala usaha yang telah ditunjukkan oleh anda.

7. Pegang tangannya, pandang tepat pada anak matanya, cium tangannya dan letakkan di hati anda. Pasti si dia angau dengan perlakukan anda itu.

8. Menonton filem romantik kegemarannya. Sesekali ubah selera anda yang sukakan cerita-cerita seram dan ganas. Si dia pasti akan menghargai usaha anda itu.

9. Jangan sekali-kali lupa untuk memberikan kucupan selamat malam kepada pasangan anda. Mungkin ada yang beranggapan ianya remeh, namun terdapat pasangan yang mengakui kucupan selamat malam merupakan aktiviti paling romantik yang dilakukan selepas penat bekerja seharian.

AZAB ALLAH BERZINA Mati Saat Bercinta

Selama dua hari terakhir, masyarakat diheboh dengan beredarnya gambar dua orang yang meninggal dunia ketika melakukan hubungan intim.
Berdasarkan khabar yang heboh di dalam masyarakat, dua insan itu disebut-sebut bukan pasangan suami isteri yang sah,melainkan dua orang yang curang.

Keduanya, dikhabarkan sama-sama sudah berkeluarga. Dari gambar yang beredar dari telefon ke telefon, tampak dua jasad tengah berpelukan.

Di foto itu terlihat, badan orang yang berada di atasnya bertiarap dan bahagian bokongnya ditutupi kain sarung. Sementara tangan wanita yang berada di bawahnya dalam posisi memeluk bahu lelaki itu.

Kedua jasad tersebut berada dalam beg jenazah berwarna kuning. Tampak juga dua orang berseragam mirip polis,tengah menunjukkan mayat dua orang yang disebut-sebut sedang berzina ini.

Sepertinya, kedua jasad itu berada di sebuah bilik mayat. Kerana jika dilihat dari lantainya, biasanya digunakan di ruangan mayat.

Salah seorang warga, Wahyudi mengatakan, berdasarkan informasi yang diterimanya, dua pasangan berbeza jenis itu berzina di sekitar makam keramat yang berada di belakang Cengsin, Klari. Namun saat bercinta, badan keduanya tak boleh di lepas.

"Katanya yang lelaki sempat menelepon kawannya yang satpam, kerana badannya tidak boleh lepas. Sampai akhirnya dibawa ke tiga buah klinik, tapi tak ada yang
boleh melepaskan keduanya" ujarnya.

Berdasarkan informasi yang diterimanya pula, kedua pasangan yang curang itu meninggal di rumah sakit. "Awalnya saya tidak percaya khabar ada orang mati melekat,tapi setelah melihat gambar ini saya baru percaya,"katanya.

Dikatakannya juga, meski gambarnya beredar luas, namun berita yang diterimanya berasal dari mulut ke mulut. Ia sendiri belum tahu kebenarannya.

Kasi Trantib Kecamatan Klari Daud Haryanto mengatakan, ia hanya mendengar informasi
yang dihebohkan, namun tidak tahu kepastiannya. "berita yang dihebohkan memang seperti itu, tapi saya tidak tahu kerana kurang jelas informasinya," ujarnya.

Sementara itu, Kapolsek Klari Kompol Wahidin menganggapnya hanya isu yang beredar dari mulut ke mulut, kerana pihaknya tidak pernah menangani kes tersebut.

Menurutnya, jika kejadian itu benar, pihaknya pasti akan mendapatkan laporan dari
babinkamtibmas yang ditugaskan di desa.

Semoga menjadi Renungan & diambil hikmahnya