Anak Saksi Ayah Maut Depan Mata


SEORANG budak lelaki berumur 10 tahun menyaksikan ayahnya meninggal dunia di hadapan matanya sendiri ketika rumah keluarga mereka runtuh dibadai angin kencang Taufan Haiyan di Filipina.

Kedua-dua mereka tinggal di rumah selepas ibunya dan tujuh lagi adik-beradiknya diterbangkan ke Pusat Pemindahan Sementara.

Ketika air banjir mula memasuki rumah, budak lelaki itu Rafael dan bapanya mengambil keputusan untuk melarikan diri namun ayahnya dihempap oleh dinding rumah yang runtuh.

“Darah ayah saya di merata-rata tempat, saya cuba membangunkannya semula tetapi dia sudah tidak bergerak lagi,” kata Rafael.

Beliau berkata air banjir semakin meningkat, dan terdetik dihatinya untuk mengangkat ayahnya keluar dari rumah itu tetapi bimbang kedua-dua mereka bakal lemas dan mati.

“Saya berasa sangat takut dan saya menangis saat itu,” katanya menceritakan kembali detik trauma itu.
Rafael kemudian berjaya berpaut pada sebatang kayu balak yang hanyut sebelum tertidur keletihan.

“Amat menakjubkan, apabila saya terjaga saya menyedari saya berada di sebuah perkampungan lain yang bukan kampung saya,” katanya.

Rafael kemudian menjejaki semula ibu dan tujuh adik-beradiknya yang lain..

Mereka ini tinggal di dalam sebuah van kerana bau di dalam bangunan pusat pemindahan terlalu busuk serta tidak sesuai untuk didiami.

“Kami sering sakit, adik-adik saya kerap batuk kerana cuaca sejuk dan kami tidak ada pakaian yang kering. Kami tidak bawa apa-apa bersama,” menurut Rafael memetik laporan Metro UK.

Di Tacloban City, tempat tinggal Rafael taufan Haiyan telah memusnahkan rumah, sekolah dan lapangan terbang menyebabkan ribuan manusia di Filipina tiada tempat tinggal.

Ada pihak yang menggelarkan mereka yang terselamat akibat Taufan Haiyan kini seperti zombie (mati hidup semula) kerana mereka bertungkus lumus mencari bekalan asas untuk terus hidup sementara bantuan terus tiba untuk mangsa bencana alam itu.

Oleh : IBNU KHUSAIRY ARIS 

Ibu Rakam Aksi Berahi Dengan Anak Kandung


Ibu Rakam Aksi Berahi Dengan Anak Kandung
Seorang ibu yang merakam video seks yang sedang melakukan oral seks terhadap anak kandungnya setelah mereka bertemu kembali setelah 15 tahun berpisah. Ibu ini mengatakan bahawa hubungannya dengan anaknya bukanlah hubungan sedarah melainkan minat genetik.
Mistie Rebecca Atkinson, 32, dijatuhi hukuman empat tahun lapan bulan penjara di mahkamah Napa County Superior Court, California, Amerika Syarikat (AS), Rabu minggu ini.
Hal ini terjadi setelah Rebecca Atkinson ditemui bersama anaknya di sebuah bilik, motel Ukiah California sedang melakukan oral seks sambil dirakam di sebuah telefon bimbit.
Pihak berwenag juga mnemukan foto telanjang Rebecca Atkinson yang di hantar ke anaknya setelah melakukan carian di facebook. Rebecca Atkinson telah 15 tahut tidak bertemu anaknya.
Namun di mahkamah Rebecca Atkinson mengaku apa yang telah di lakukan bersama anaknya bukanlah hubungan sedarah melainkan minat genetik terhadap anaknya.
“Saya tak merasa harus dijatuhi hukuman kerana ada sesuatu yang disebut minat genetik dan ini adalah sebuah kekuatan yang luar biasa dan terjadi pada 50 peratus orang-orang yang baru bertemu dengan keluarga mereka setelah berpisah sekian lama,” tulisnya.
Rebecca Atkinson dilaporkan tidak mempunyai hubungan dengan anaknya hingga tahun lalu ketika ia mula menghantarnya mesej yang tidak sesuai di laman sesawang sosial. Si anak yang tinggal dengan ayahnya ketika itu tahu jika Atkinson adalah ibunya. Atkinson tidak mempunyai hak mengasuh terhadap anaknya. – dailymail.co.uk

Ahmad Dhani sanggup temankan anak dijel

23 Sep 2013 myMetro

Jakarta: Anak lelaki Ahmad Dhani, Dul diburu kebimbangan sejak dibenarkan pulang dari hospital. Dia bimbang dirinya bakal ditahan di penjara.
Bagaimanapun, Ahmad Dhani meyakinkan anak lelakinya itu yang dia akan menemani Dul jika remaja terbabit benar-benar dipenjarakan. “Saya memberitahunya tidak perlu bimbang kerana jika dia benar-benar ditahan di penjara, saya akan pergi ke penjara setiap hari,” katanya ketika ditemui di Hospital Pondok Indah kelmarin.

Ketika ditanya apakah reaksi Dul selepas mendengar kata-katanya itu, Dhani memberitahu anaknya hanya termenung dan terdiam. Sebagai bapa, Dhani cuba membuat Dul faham yang dia perlu bertanggungjawab atas apa yang berlaku. Katanya, kemalangan itu bukan saja satu musibah tetapi juga terjadi kerana kesalahan diri sendiri.
“Saya memberitahu Dul yang dia perlu memahami kejadian itu bukan saja satu malapetaka tetapi ia berlaku kerana kesilapan kita juga,” katanya. - Agensi