PRU13 Terima kasih Najib dan Psy – Kit Siang

Harakahdaily, 10 Feb 2013
KUALA LUMPUR: Tiada siapa pun patut ‘cemburu’ dengan dakwaan ‘rampasan kuasa’ terhadap Psy dan Gangnam Style, kata Lim Kit Siang.

“Malah, negara sepatutnya berterima kasih kepada Najib dan Psy, kerana rakyat Malaysia sudah mula bertanya mengapa Malaysia gagal untuk memenuhi potensi kita menjadi peneraju negara-negara global dalam semua bidang usaha 56 tahun selepas merdeka,” kata Ketua Parlimen DAP itu dalam satu kenyataan semalam.

Berikut kenyatan penuh beliau.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak  berkata Pakatan Rakyat cemburu dengan Barisan Nasional yang berjaya menjemput dahulu bintang “Gangnam Style Korea” Psy kerana perkara itu menggagalkan rancangan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng untuk menjemput Psy ke acara di bawah nama Pakatan Rakyat.

Sama ada Najib begitu mudah tertipu untuk percaya desas-desus sedemikian sedangkan DAP dan Pakatan Rakyat tidak mempunyai jutaan ringgit untuk ditaburkan sepertimana yang UMNO/BN lakukan menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 yang akhirnya akan dibayar oleh pembayar cukai, Perdana Menteri tidak sepatutnya menyangka semua rakyat Malaysia begitu mudah tertipu dan percaya pada hikayatnya yang sukar dipercayai.

Mengimbau kembali hikayatnya yang sukar dipercayai pada ulangtahun UMNO ke-66 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Mei, 2012, apabila beliau membuat dakwaan tak masuk akal bahawa Bersih 3.0 “mahu melawan…mahu menendang polis…jika tidak cerita mereka tidak akan keluar di CNN, Al-Jazeera, BBC”. selepas menfitnah “duduk bantah” Bersih 3.0 di Dataran Merdeka yang diadakan dua minggu sebelum ulangtahun UMNO sebagai “cubaan rampasan kuasa oleh Oposisi untuk menggulingkan kerajaan”  dengan “garam dan botol air mineral”!

Pada ulangtahun ke-66 UMNO Najib mendakwa bahawa beliau sungguh sukacita dengan sokongan dan “mood baik” yang ditunjukkan pada sambutan itu hingga beliau bersedia untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi membubarkan Parlimen keesokan harinya.

Akan tetapi sembilan bulan kemudian, dan kurang sebulan lagi sebelum ulang tahun kelima peristiwa bersejarah pilihan raya Malaysia – tsunami politik 308 pada pilihan raya umum 8 Mac, 2008 – Najib masih lagi teragak-agak bila mahu adakan PRU13.

Tiada siapa pun patut “cemburu” dengan dakwaan “rampasan kuasa” terhadap Psy dan Gangnam Style. Malah, negara sepatutnya berterima kasih kepada Najib dan Psy, kerana rakyat Malaysia sudah mula bertanya mengapa Malaysia gagal untuk memenuhi potensi kita menjadi peneraju negara-negara global dalam semua bidang usaha 56 tahun selepas Merdeka

Di manakah Malaysia akan berada hari ini jika kita membangun seiring dengan Korea Selatan, tanpa memintas atau dipintas oleh Korea Selatan setengah abad lalu sejak Merdeka pada 1957, ketika Korea Selatan begitu miskin dan mundur memandangkan ia hanya ada setengah daripada pendapatan per kapita kita?

Dalam setengah abad dari 1960 hingga 2012, KDNK per kapita Korea Selatan meningkat 148.5 kali gandar daripada US$155 ke US$23,021. Bagaimanakah KDNK per kapita Malaysia pada 2012 sekiranya meningkat 148.5 kali ganda daripada US$299 pada tahun 1960 berbanding 35 kali ganda yang berlaku sekarang?

Dengan peningkatan 148.5 kali ganda, KDNK per kapita Malaysia pada 2012 ialah US$44,401!

Menurut data International Monetary Fund, Malaysia dengan KDNK per kapita US$44,401 pada 2012 akan menjadi negara 18 terkaya – di dalam kumpulan terkemuka dunia ditemani negara-negara berikut:

International Monetary Fund (IMF) KDNK (nominal) per kapita
Tahun – 2012
Negara KDNK per kapita
1. Luxembourg 105,720
2. Qatar              100,378
3. Norway            99,316
4. Switzerland     77,840
5. Australia          67,983
6. UAE                  65,377
7. Denmark          55,448
8. Sweden           54,879
9. Kanada            50,826
10. Singapura       49,936
11. United States  49,802
12. Japan               46,896
13. Austria             46,330
14. Kuwait              46,142
15. Belanda          45,942
16. Finland            45,545
17. Ireland              44,781
18.

Dengan KDNK per kapita US$44,401 pada 2012, Malaysia bukan sahaja jauh mengatasi Korea Selatan yang cuma US$23,021, tetapi juga mengatasi Belgium, Jerman, Iceland,  Perancis, Brunei, United Kingdom, New Zealand dan  Hong Kong yang KDNK per kapita mereka pada 2012 seperti berikut:

Belgium         43,175
Jerman           41,168
Iceland           41,151
Perancis        40,690
Brunei            38,801
UK                  38,591
New Zealand 37,401
Hong Kong 35,961
Selengkapnya 

Luahan Hati Isteri Pertama Ashraf – ‘Jangan Bicara Tentang Payung Emas’

Noor Dayana

Sejak berita pernikahan kali kedua Ashraf Muslim terbongkar, isteri pertamanya, Noor Dayana Lokman tidak pernah lagi tampil memberi kenyataan kepada mana-mana pihak media.
Terbaru, menerusi laman Facebook Noor Dayana, dia berkongsi luahan hatinya dengan menulis sebuah nota yang agak panjang menceritakan mengenai perasaannya berkaitan perkahwinan kedua suaminya itu.
Dalam luahan itu, Dayana seakan perit menerima berita tersebut dan menurutnya bapanya, Lokman Abdul Hamid, anaknya itu tidak pernah redha atau memberi sebarang keizinan untuk dimadukan oleh aktor tersebut.
Ashraf Muslim selamat bernikah buat kali kedua di Bangkok, Thailand dengan bekas krew televisyen, Wan Sakinah pada 7 Julai lalu.
Menurut sumber juga, Ashraf dan Sakinah sudah berhubung sejak sekian lama iaitu selepas sembilan bulan pelakon itu mendirikan rumahtangga dengan Dayana pada Ogos 2011.
Di bawah, penulis kongsikan bait-bait kata daripada Dayana buat tatapan pembaca semua.
Tak usah bicara tentang payung emas 
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah
Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah…mudah menyebut kun fa ya kun…
Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan
Tak usah bicara tentang tanggungjawab
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu
Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah
Tak usah bicara tentang dia
Kerana 
Aku diasingkan darimu kerana dia
Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..
Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah..
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan…
Oleh: AUDREY LEE